20 May 2026

 Kenapa Kami Fight Untuk 2nd Cochlear Implant

2019 (Ketika Form 1 di SMK)... Alat telinga kiri berusia 4 bulan.
Semalam CI pertama belah kanan buat hal. Masa itu Danial dah siap nak pergi sekolah sesi petang. Tiba-tiba processor CI tak connect macam biasa. Tukar kabel baru pun masih tak okay. Barangkali processor pula yang bermasalah.

Jadi Danial tanya mama,

Danial : “Macam mana mama?”
Mama : “Awak boleh je pergi sekolah macam biasa sebab telinga kiri pakai CI Kanso. Boleh dengar tak?”
Danial : “Aaah laaa… Kanso ada, saya boleh dengar. Tapi kadang-kadang ada juga yang saya tak faham…”
Mama : “Apa kata awak cuba dulu? Kalau cikgu cakap awak tak faham, awak tanya kawan atau minta cikgu ulang perlahan-lahan.” 😁😁
Danial : “Okay boleh-boleh.”

Positif sungguh anak ini. Keyakinan diri dia pun tinggi. Setuju sahaja dengan apa yang mama cakap. Tak pernah memberontak dengan mama. Mama je yang selalu bertukar emosi 😣😣

Jadi akhirnya dia ke sekolah dengan menggunakan satu alat CI sahaja, iaitu telinga kiri yang baru dibedah pada bulan 11 tahun lepas. Dia pergi menuntut ilmu berbekalkan “telinga” yang baru berusia 4 bulan untuk pembelajaran Tingkatan 1. Usia “telinga” kiri dia sama macam usia telinga baby Dayyan πŸ˜„πŸ˜„

TAPI… inilah sebenarnya tujuan dan hasrat utama kenapa dia dan kami terlalu mahukan 2nd CI (operate telinga kiri juga). Sebab situasi macam inilah yang dia perlu lalui dari umur 8 tahun sampai sekarang.

Empat tahun perjalanan anak ini ke sekolah kadang-kadang tanpa pendengaran. Ke sekolah tanpa mendengar sebarang bunyi. Dia sekolah perdana/mainstream sebab itu hak dia. Dia dah boleh bercakap, membaca dan menulis masa nak masuk sekolah dulu.

Jadi tolonglah jangan tanya lagi kenapa kami tak masukkan dia ke sekolah khas atau sekolah pendengaran. Setiap anak pekak berbeza ujiannya. Macam kami, sebab kami masih ada pilihan dan kami “fight” berdasarkan progress Danial.

Balik sekolah, mama tanya,
“Are you okay?”

Dia jawab,
“Ya, saya okay.”

Mama tanya lagi,
“Macam mana belajar hari ini? Susah tak?”

Dia balas,
“Okay… tapi ada juga yang saya tak faham. Tadi subjek agama ustaz cerita je lama-lama… saya tak faham. Saya tengok kawan-kawan pun macam bosan je. Saya pun bosan.” πŸ˜‚

Tak apalah sayang… mama tahu hari ini mencabar untuk awak. Slow-slow kita kayuh untuk telinga baru awak macam kita kayuh dulu untuk telinga sebelah itu. CI pertama telinga kanan dah berusia 9 tahun ketika ini.❤️

Doakan progress Wan Muhammad Afiq Danial bin Wan Faresh Aman makin baik, makin maju dan dipermudahkan ya kawan-kawan semua… Aamiin 

Terima kasih semua yang sudi membaca kisah kami πŸ˜˜πŸ’

Belanja sikit video Danial dan mama buat auditory memory untuk telinga baru yang berusia 4 bulan itu. Telinga kanan off 😊





No comments:

Post a Comment