Idea Aktiviti Mudah Untuk Latih Anak Mendengar & Bertutur
Banyak sebenarnya kita boleh buat dengan bahan-bahan sederhana macam ini . Antara aktiviti yang mama pernah guna dulu untuk latih Afiq Danial di rumah:
1. Mana bukan kawan dia? π€
Contohnya:
Epal merah + pisang + baju merah
Tanya anak:
“Mana bukan kawan dia?”
Kalau anak pilih pisang… betul ke salah? π
Siapa boleh jawab?
Yang mak-mak teruja nak ajar anak tu, bolehlah jawab. Kita belajar sama-sama… sebelum otak mak pun berkarat π
2. Mana kawan dia?
Lebih kurang sama macam aktiviti atas.
Cuma kali ini, kita ubah soalan supaya anak faham konsep:
kawan vs bukan kawan
Nampak mudah, tapi sebenarnya ini bantu anak belajar kategori, persamaan dan perbezaan.
3. Pattern – What’s next?
Contoh susunan:
epal merah – pisang – epal merah – (kosong) – epal merah – pisang – (kosong)
Kemudian tengok sama ada anak boleh sambung pola yang betul.
Faham tak konsep pattern?
Kalau faham, alhamdulillah.
Kalau belum, ulang lagi π
4. Auditory Memory (Ingatan Pendengaran)
Contoh arahan:
“Bagi mama 2 epal merah dan 1 pisang.”
Boleh tukar-tukar objek ikut tahap progress anak.
Aktiviti macam ini bagus untuk latih:
✔️ mendengar arahan
✔️ fokus
✔️ ingatan jangka pendek
✔️ kefahaman bahasa
Semua bahan latihan tutur ini mama buat sendiri dulu. Nak jimat kos. Tak mampu nak beli semua bahan terapi yang mahal. Jadi… DIY sajalah.
Nak tahu mama buat bila?
Tengah malam.
Penat?
Ya. Tapi bila tengok progress anak… Semua rasa berbaloi. Inilah antara bahan yang mama guna dulu untuk ajar Afiq Danial bertutur di rumah. Mama cuma kongsi berdasarkan pengalaman sendiri. Mana tahu boleh bantu ibu bapa lain juga.
No comments:
Post a Comment