19 May 2026

3 Minggu Bersama KANSO… Bila Terpaksa Pulangkan, Baru Terasa Bezanya

Sejak berpeluang mencuba processor baru daripada Cochlear, model KANSO (bukan Kwang Soo Running Man tu ye πŸ˜„) selama 3 minggu, akhirnya pada 26 November 2016, tempoh pinjaman KANSO pun tamat… dan kami kembali semula menggunakan processor lama Afiq Danial, Nucleus 5.

Ok… ini nota yang mama perasan sepanjang pertukaran processor ini.
Catatan personal sahaja berdasarkan pengalaman anak sendiri… bukan ciplak orang punya.

31 Oktober 2016 : First time try KANSO

Apa yang mama nampak?

Afiq Danial jadi lebih peka, lebih jelas mendengar, dan banyak perkara tak perlu ulang banyak kali.

Panggil dari dapur, boleh respond sekali je.
Mama bercakap perlahan atau berbisik pun dia boleh tangkap.
Walaupun sedang bermain dan berpeluh, dia tetap bebas bergerak tanpa mama risau sangat.

Yang paling mama rasa wow…

Kalau mama bercakap dengan Afiq Danial, walaupun dalam masa yang sama Awish sedang bercakap dengan Along di sebelah, dia masih boleh fokus dengar dan respond pada mama.

Wah… mama yang rasa best tau 😌

Terus rasa macam…
“Tak nak pulangkan je boleh tak sampai dapat beli sendiri?” πŸ˜‚

Tapi biasalah… barang pinjam, memang kena pulangkan.
Kalau tak nanti dosa… tak berkat anak pakai, nanti progress pun tak nampak πŸ˜„

Tapi kena ingat satu benda penting… Bukan pakai alat terus anak terus bagus.

Latihan.. Latihan.. dan latihan sejuta kali latihan. Itu tetap paling utama. Dan satu lagi, mapping anak pun sangat memainkan peranan.

Alhamdulillah, mapping Afiq Danial sekarang dah agak stabil (15–20 dB), jadi bila digabungkan dengan processor yang lebih baik, memang nampak bezanya.


Daripada pengalaman kami, mama rasa KANSO lebih bagus berbanding Nucleus 5.

(Nota: saya tak buat perbandingan dengan brand lain sebab memang tak pernah guna. Jangan salah faham ya 😊)


Mama juga difahamkan teknologi KANSO hampir sama dengan Nucleus 6 (N6). Tapi disebabkan masalah peluh, mama lebih cenderung memilih KANSO untuk Afiq Danial.

26 November 2016 – Pulangkan KANSO
26 November 2016 – Kembali semula pakai Nucleus 5


28 November 2016

Baru dua hari… mama dah mula nampak perbezaannya. Afiq Danial banyak kali minta mama ulang cakap. Kadang-kadang walaupun bercakap depan-depan, dia masih minta repeat. Mama panggil dari dapur, tiada respond.

Bila ditanya, dia jawab:

“Tak dengar… kat sini bising.”

Pergerakan pun jadi lebih terbatas sebab kena kawal peluh supaya tak kena pada processor N5. Petang semalam pula, alat N5 mula meragam macam biasa…Dan akhirnya sampai ke malam, Afiq Danial OFF daripada mendengar. Itulah…Kadang-kadang bila dah rasa sesuatu yang lebih baik, bila terpaksa kembali semula… baru terasa betul bezanya.

Moga ada rezeki untuk Afiq Danial memiliki KANSO sendiri suatu hari nanti.

Aamiin. 



No comments:

Post a Comment