KAD KONSESI OKU RAPID KL: Mudah, Cepat dan Percuma.
Mama share sebab tau anak2 bujang mama ni kurang nak share.
Alhamdulillah, bertambah satu lagi kad dalam koleksi Danial. Semalam mama teman Danial hadir ke appoiment Audio yang dijadualkan setahun sekali untuk buat aided & mapping. Kami pergi naik MRT macam biasa. Mama kadang2 guna kad TnG, kadang2 beli token, tengok keadaan dan mood mama hari tu. Danial memang akan ke kaunter untuk beli token OKU. Ketika di kaunter MRT, petugas kaunter cadangkan Danial buat Kad Konsesi OKU Rapid KL. Katanya, dengan kad ni boleh naik MRT dan bas Rapid secara percuma. Petugas tu juga bagitahu kad boleh dibuat di Stesen MRT Conlay atau Pasar Seni pada waktu pejabat. Info ni Danial bagitau semula pada mama. Masa ni, mama dan Dayyan dah masuk dalam, Danial di kaunter beli token.
Lepas selesai urusan di Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan UKM KL, kami tengok laluan balik memang akan lalu MRT Conlay. Apa lagi, terus singgah sekali.
Sampai di sana, memang mudah nak cari pejabat untuk urusan kad konsesi ni. Danial urus sendiri semuanya. Bujang dah kan. Pergi ke kaunter dan beritahu nak buat kad konsesi. Petugas tanya, "Untuk siapa?". Danial jawab, "Untuk saya."Lepas tu cuma perlu tunjuk IC dan kad OKU. Untuk kali pertama, ada caj RM5 untuk pengeluaran kad. Kad ni siap dengan gambar pemilik, dan gambar akan diambil terus di situ. Yang kelakarnya, Danial langsung tak tahu gambar akan diambil. Rambut pun tak sempat nak dirapikan, sikat pun tak bawa. Jadi redha sajalah dengan gambar rasmi untuk 10 tahun akan datang. Hahaha.Prosesnya memang pantas. Lebih kurang 10 minit sahaja dari mula daftar sampai kad siap dicetak. Yang bestnya, kad tu boleh terus digunakan sebaik sahaja siap. Tak perlu tunggu beberapa hari atau aktifkan apa-apa. Semalam juga terus boleh guna untuk perjalanan balik. Mudah dan cepat. Satu lagi pesanan penting daripada petugas kaunter yang mama rasa elok dikongsi. Walaupun penggunaan MRT dan bas Rapid adalah percuma menggunakan kad konsesi OKU ini, jangan lupa touch in dan touch out setiap kali guna perkhidmatan tersebut.Percuma tu percuma juga, tapi sistem tetap perlu merekodkan perjalanan pengguna. Kata petugas kaunter, kalau terlupa touch in atau touch out, pengguna boleh dikenakan penalti. Jadi ingat satu perkara mudah, masuk stesen sentuh kad, keluar stesen pun sentuh kad. Kad konsesi ni sah untuk tempoh 10 tahun dan kena guna sekurang-kurangnya sekali setahun untuk kad kekal aktif. Alhamdulillah, satu demi satu urusan dipermudahkan.
Selamat menikmati sedikit keistimewaan yang Allah izinkan buat golongan OKU. Semoga kemudahan ini dapat membantu melancarkan perjalanan dan urusan harian Danial pada masa akan datang.
P/S: Mana tahu ada parents atau individu OKU yang belum tahu tentang kemudahan ini. Boleh cuba singgah ke MRT Conlay atau Pasar Seni untuk dapatkan maklumat lanjut. Urusannya mudah dan cepat sahaja, in sha Allah.