15 June 2026

 Setiap Gambar Ada Cerita, Setiap Lagu Ada Makna

Sebagai mama kepada anak pekak yang sedang belajar bercakap dan mendengar, antara cara mama ajar Danial memahami dunia ialah melalui gambar, bercerita dan menyanyi bersama gaya serta intonasi.


Mama akan gunakan gambar yang dilukis sebab dengan cara itu je yang jimat dan jelas mengikut ciri sebenar sesuatu benda supaya Danial mudah kenal apabila berhadapan dengan situasi atau objek sebenar di dunia nyata. Contohnya gambar ayam yang sebenar, suasana pasar, kenderaan, emosi muka dan pelbagai lagi. Dari situ, mama akan bercerita satu persatu sambil tunjuk mulut, ekspresi muka dan pergerakan.


Selain itu, mama juga banyak gunakan lagu dan nyanyian. Bila menyanyi dengan intonasi, gaya dan pergerakan, anak lebih mudah fokus, menangkap bunyi, mengenal perkataan dan memahami emosi dalam komunikasi. Kadang-kadang perkara yang susah difahami melalui percakapan biasa jadi lebih mudah bila disampaikan dalam bentuk lagu.



Bercerita membantu anak hearing deaf membina kefahaman, menambah kosa kata, melatih fokus dan belajar mengaitkan sesuatu dengan kehidupan seharian. Menyanyi pula membantu perkembangan pendengaran, pertuturan, ritma bahasa dan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi.

Perjalanan ini bukan mudah, tapi setiap usaha kecil sangat bermakna. Yang penting, kita jangan pernah berhenti bercakap, mengajar dan percaya pada kemampuan mereka ❤️


No comments:

Post a Comment