Dengar Suara Mereka Dengan Hati
Hear Me's Got Talent 2024 (HMGT24) merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa Anak Masalah Pendengaran Malaysia (Hear Me). Ia merupakan satu platform khas untuk anak-anak pekak mencuba pelbagai bakat serta memecahkan dinding ketakutan dalam diri mereka.
Program seperti ini juga membantu menepis stigma masyarakat yang selama ini menganggap pekak itu sama dengan bisu. Hakikatnya, pekak bukan bisu.
Dengan izin Allah, melalui perkembangan teknologi perubatan seperti Cochlear Implant, anak-anak pekak kini mempunyai peluang untuk mendengar, belajar bercakap dan membina keyakinan diri seperti anak-anak lain. Danial adalah salah seorang daripadanya.
Sudi-sudilah beri sokongan dan semangat buat mereka agar dunia lebih terbuka untuk mendengar suara mereka ❤️
Danial menyertai pertandingan Hear Me's Got Talent 2024 dengan menyampaikan sebuah sajak bertajuk DUNIA dan berjaya terpilih antara 10 finalis terakhir yang akan berentap di pentas akhir HMGT24. Di bawah ni video 1 (penyertaan) dan video 2 (Final) dengan tajuk BICARA KU.
.png)
No comments:
Post a Comment