DIY Story Book untuk Latih Kefahaman Afiq Danial
Ini antara bahan yang mama pernah buat sendiri dulu—story book ringkas untuk melatih kefahaman Afiq Danial. Ayatnya mudah sahaja. Untuk setiap satu gambar, mama sediakan dua ayat.
Tugas Danial ialah:
Nampak macam aktiviti mudah… Tapi sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lihat daripada situ. Mama akan suruh Danial baca dengan kuat.
Kenapa? Supaya dia sendiri boleh dengar apa yang dia sebut. Pada masa yang sama, mama juga boleh perhatikan. Adakah anak sekadar membaca? Atau anak membaca dan faham? Atau lebih bagus lagi… Anak membaca, faham, dan boleh kenal pasti apa yang berbeza.
Itulah sebenarnya target aktiviti ini.
Mama dulu siap buat video Danial membaca buku cerita ini. Dapatlah kenang kembali progress dan layan perasaan di hari tua nanti..
Sebenarnya mama buat buku ini untuk bantu Danial belajar problem solving juga. Nak minta anak keluarkan idea sendiri… Bukan mudah tau. Kadang-kadang kita tanya… Dia diam. Kita tunggu bagi masa dia fikir.. Kita tunggu lagi… Masih fikir.. Sampai mama sendiri rasa macam dalam gambar garu kepala dibuatnya. đŸ˜‚
Sebab itu mama cuba bantu secara visual. Bila dia nampak gambar, dia boleh fikir. Boleh buat kaitan. Boleh belajar faham. Boleh mula membina idea. Walaupun prosesnya ambil masa… Walaupun kadang-kadang rasa mencabar…
Sekarang bila dikenang semula, itulah antara kenangan paling manis dalam perjalanan kami. Sedikit demi sedikit. Satu ayat demi satu ayat. Satu kefahaman demi satu kefahaman. Begitulah cara Afiq Danial belajar. Dan begitulah mama belajar menjadi “guru” di rumah.
No comments:
Post a Comment