Puas saya fikir sama ada mahu menulis status ini atau tidak. Sekadar ingin memberi sedikit pencerahan kepada mereka yang bertanya…
Saya minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan isu ini secara terlalu terperinci. Kes anak saya sudah menjadi agak complicated.
Ya, asalnya Afiq Danial memang pesakit di bawah hospital kerajaan. Tak perlulah saya nyatakan hospital mana. Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang… nanti “hantu Kak Limah” datang teman 😅
Saya tak mahu lagi mengalirkan air mata kerana “mereka”.
Namun, saya tetap berterima kasih atas segala usaha dan pemantauan sepanjang hampir 4 tahun anak saya berada di bawah jagaan mereka.
Ya, pernah satu ketika saya benar-benar hampir putus harapan.
Sebelum membuat keputusan ke private hospital, saya pernah cuba mendapatkan pandangan dan bantuan di tempat lain, termasuk sampai ke Kuantan. Namun, saya tidak mendapat maklum balas yang positif.
Mungkin kerana… “siapa saya” untuk melawan “mereka”.
Kadang-kadang, pengaruh orang lain lebih kuat daripada usaha dan pengorbanan seorang ibu untuk anak OKU-nya sendiri.
Lama saya fikir sebelum membuat keputusan ini.
Saya bukan orang berada
Untuk meneruskan rawatan Afiq Danial di private hospital, saya kumpul duit selama setahun dengan menjual samosa frozen RM2 untuk 5 biji.
Itulah ikhtiar saya.
Alhamdulillah… Allah permudahkan.
Allah temukan saya dengan puan audiologist dan doktor yang sangat positif, memahami dan banyak membantu.
Mungkin ada yang fikir…
“Alah, private mestilah baik. Mereka nak duit kita.”
Sebab dulu… saya pun pernah berfikiran begitu.
Ini kali pertama saya mendapatkan rawatan anak di private hospital tanpa GL syarikat suami, tanpa insurans perubatan.
Anak yang seorang inilah paling mahal kos rawatan telinganya 😅
Untuk saya dan anak-anak lain, kami biasa ke hospital kerajaan atau Klinik 1Malaysia sahaja, sebab syarikat suami hanya cover suami seorang.
Setiap kali appointment biasa, saya akan standby RM200–RM300.
Kalau ada CT scan dan consultation doktor, boleh cecah RM1,000.
Memang berdebar setiap kali… takut duit tak cukup.
Tapi ada juga saat yang melegakan.
Pernah satu sesi mapping telinga kiri (HA) Afiq Danial, saya hanya dikenakan RM40.
Masa itu rasa lega sangat.
Sekurang-kurangnya masih ada baki untuk rawatan seterusnya.
Hakikatnya, semua kos rawatan hospital dan maintenance telinga Afiq Danial datang 100% daripada hasil jualan samosa frozen saya.
Nak kira upah mama sendiri pun tak sampai hati 😄
Setahun kumpul… beberapa bulan sahaja habis.
Tapi saya tak pernah terkilan.
Tahun 2015 dan 2016 sangat mencabar buat saya.
Processor Afiq Danial kerap bermasalah.
Saya perlu menggantikan banyak komponen:
processor, cable, coil, disposable battery, microphone protector…
Jumlahnya mencecah lebih RM3,000 pada tahun 2015 sahaja.
Belum termasuk:
CT scan
Mapping beberapa kali untuk CI dan HA
Follow-up dengan doktor
Kos perjalanan ulang-alik ke company CI
Kadang-kadang ambil kelas speech therapy personal (RM120 sejam)
Penat? Ya.
Letih? Sangat.
Tapi saya sangat puas hati dengan hasil yang saya nampak.
Setiap sesi terapi, saya boleh bertanya dan berbincang dengan audiologist secara terbuka.
Dan itu sangat bermakna bagi saya sebagai ibu.
Namun masuk tahun 2016, masalah yang sama pada alat implan Afiq Danial berlaku lagi.
Bezanya…
Warranty sudah tamat 4 bulan sebelumnya.
Saya sendiri tak tahu kenapa alat itu sering bermasalah.
Sudah sedaya upaya kami menjaganya.
Tapi alat elektronik buatan manusia… mana mungkin sesempurna ciptaan Allah.
Walaupun begitu, saya sangat menghargai servis dan sokongan daripada pihak Labchem. Memang terbaik. Alhamdulillah.
Dan akhirnya, selepas perbincangan bersama doktor, audiologist dan team CI hospital…
Afiq Danial disahkan sesuai dan layak untuk mendapatkan implan kedua (telinga kiri).
Bukan sahaja untuk menambah baik pendengarannya…
Tetapi juga sebagai backup kepada telinga kanan yang semakin kerap bermasalah.
Peluang ini sangat saya hargai.
Kerana bagi saya, ini bukan sekadar tentang mendengar.
Ini tentang:
kehidupan yang lebih baik,
komunikasi yang lebih lancar,
sosial yang lebih yakin,
dan pembelajaran yang lebih sempurna.
Tambahan pula, anak pekak saya ini sudah boleh bertutur…
dan sedang belajar di sekolah aliran biasa di Seri Kembangan.
Bulan Mei ialah Better Hearing and Speech Month.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya pendengaran dalam kehidupan kita.
Cuba tonton drama dalam mode silent/mute…
Stress, kan?
Bateri telefon habis pun kita rasa tak tenteram 😄
Begitulah sedikit gambaran hidup tanpa bunyi.
Berilah peluang kepada anak-anak OKU pendengaran untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
Moga kita semua terus diberi nikmat mendengar oleh Allah SWT.
Yang baik datangnya daripada Allah.
Yang kurang datang daripada saya.
No comments:
Post a Comment